Friday, August 14, 2009

tautan hati- my favourite novel.

Tautan Hati
Sebuah novel islami karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Ini adalah karangan kedua beliau, selepas
SEINDAH MAWAR BERDURI yang memenangi tempat ke-3
Sayembara Novel Remaja, Jubli Emas DBP 2006, kini dalam proses penerbitan.
TAUTAN HATI merupakan Novel Sulung terbitan Telaga Biru.

"Wajiblah cinta-Ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku"
Hadis Qudsi

~ Bertemu cinta dalam halaqoh~
hidup lebih indah terarah,
menyulam tautan hati kerana Allah,
terpaterilah ikatan akidah.

Puas ku rayu, puas ku seru,
jawapanmu tetap yang dulu.
Oh sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
akukan terus menyerumu,
pada yang satu.
Ku genggam kukuh suatu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum"
Ya Allah, ku harap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru, itu tugas Rasul-Mu,
Akan ku teruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu.

Asiah Yusra , namanya seindah peribadinya.
Dirinya begitu istimewa terutama di kalangan rakan-rakannya
yang begitu memerlukan madu dakwah untuk disajikan sebagai manisan kehidupan mereka.

Pelbagai langkah dakwah yang diatur pada awalnya
sentiasa dilanggar badai yang sengaja dihembus iblis sebagai penghalang usaha murninya.
Namun, halangan-halangan tersebut dipandang Asiah Yusra hanyalah cabaran kecil yang telah ditentukan Allah s.w.t.
sebagai bukti betapa Allah s.w.t. mengurniakan cabaran tersebut hanya kepada hamba-Nya yang dikasihi.

Berputus asa seakan-akan tidak wujud dalam kamus hidupnya.
Begitulah tingginya tahap keimanan serta kecekalan gadis dari Taman Islam ini.
Lagaknya seakan-akan pahlawan silam terunggul Solahuddin Al-Ayyubi.

Imtisal, Hana, Laiyyinul Harir, Muslimah (Christine), Wildan dan Aisya Bazella ditaklukinya dengan senjata halaqoh

beserta keikhlsan yang menggunung dengan harapan

sahabat-sahabatnya itu dapat bergerak seiring dengannya ke jalan yang diredhai.

Setiap dari mereka mempunyai masalah yang tersendiri.

Imtisal dengan tragedi keluarga yang tak berkesudahan,

Hana pula merupakan mangsa keadaan apabila dijodohkan dengan pemuda yang bukan menjadi pilihan hatinya

manakala Layyinul Harrir pula hanyut dalam arus percintaan sesama insan yang tidak menjanjikan sebarang kebaikan yang hakiki.

Wildan (adik Imtisal) pula merupakan anak gadis yang sering memberontak
dek kerana latar belakang keluarganya yang porak peranda manakala Muslimah (Christine) dengan pegangan Kristian yang menebal
dan sentiasa menyampaikan ajaran pegangannya dengan cara yang tersendiri.
Aisya Bazella pula anak gadis kota yang pengisian hidupnya hanyalah dipenuhi dengan maksiat dan akhirnya terkulai layu di pangkuan haiwan jantan bertopengkan manusia.

Walaupun sahabat-sahabatnya itu hadir dari latar-belakang yang berbeza dan penuh pancaroba,
Asiah Yusra tidak pernah menganggap mereka sebagai satu beban yang menyusahkan.
Sebaliknya, dia percaya dengan proses tarbiah yang berkesan, mereka bukan sahaja boleh diubah,
tetapi juga berpotensi untuk menjadi penyambung usahanya dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada mereka yang memerlukannya.
Ketika gigih menyebarkan dakwah, Asiah Yusra yang sentiasa mendapat sumber inspirasi dari sahabat sejatinya Elya Khadeeja,
didatangi satu lagi cabaran duniawi apabila dirinya mendapat perhatian Umar al-Mujahid dan al-Banna,
dua pemuda soleh yang juga berasal dari Taman Islam.

Namun, berkat keimanan yang tinggi serta kepercayaan yang menyeluruh
bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang wajar dicintai,
Asiah Yusra tetap meneruskan usahanya dalam bidang tarbiah di samping bertawakkal
serta menyerahkan sepenuhnya kepada yang Esa
agar dianugerahkan pasangan hidup yang boleh membawanya ke jalan Allah s.w.t.

Adakah usaha tarbiahnya akan berhasil?
Bagaimanakah kesudahan hidupnya?
Siapakah yang telah ditentukan Illahi untuk menjadi pasangan hidup Asiah Yusra?
Al-Banna atau Umar al-Mujahid?
Segalanya pasti terjawab sekiranya anda membaca novel sulung keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd. berjudul Tautan hati.


saya sudah membacanya..anda bagaimana?

[dipetik daripada blog ceriakan hari- hariku]

bacalah. novel yg paling best. Pada pendapat ana kalah Ayat2 Cinta . Asiah Yusra adalah qudwah hasanah dan ana bercita2 ingin menjadi sepertinya.Doakan...,semoga kita semua dapat mangambil pengajaran daripada novel tersebut.





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails